Thursday, December 8, 2011

LATIHAN PENJODOH BILANGAN

LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayatayat
berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 .Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,. kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap
meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

13 Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji


14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke
perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

NOTA PENTING PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

NOTA PENTING PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

1. Dari segi penggunaan, penjodoh bilangan hanya digunakan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu beberapa sahaja.

Contoh:
1. Tiga batang pokok itu perlu ditebang.
2. Beberapa buah kerusi itu perlu dibaiki.
3. Kedua-dua batang anak sungai itu telah tercemar.


2. Dari segi penggunaan, benda abstrak tidak perlu diletakkan penjodoh bilangannya.
Contoh:
1.a) Kata Zul, “Sebuah pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.”(X)

b)Kata Zul, “Satu pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.”(√)


3. Dari segi penggunaan, elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.
1. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu.
Contoh:
1.a) Tiga jarinya kudung. (X)
b) Tiga batang jarinya kudung. (√)

2.a) Lima burung itu berbulu lebat. (X)
b) Lima ekor burung itu berbulu lebat. (√)

2. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.
Contoh:
1.a) Kedua-dua buku itu masih elok. (X)
b) Kedua-dua buah buku itu masih elok. (√)

2.a) Keempat-empat kotak itu penuh berisi emas. (X)
b) Keempat-empat buah kotak itu penuh berisi emas. (√)

3. Kesalahan kerana meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan Kata bilangan tak tentu.
Contoh:
1.a) Banyak buah rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (X)
b) Banyak rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (√)

2.a) Semua batang pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (X)
b) Semua pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (√)

Thursday, November 24, 2011

Kad Imbasan Penjodoh Bilangan BM-BI

Latihan Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang menggambarkan kata bilangan yang sesuai dengan kuantiti, jumlah, bilangan sesuatu perkara (objek, manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain lagi).
Contoh : sekepul, sekumpulan, sebuah, sebutir, secekak,segenggam, segugus.

Latihan:Pilih penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

1. Terdapat..................(sekepul,segugus) kepulauan kecil berhampiran Tanah Semenanjung Malaysia.
2. Adam baharu sahaja menaburkan....................(segenggam, secekak) beras untuk anak-anak ayam yang baharu sahaja menetas di belakang rumahnya.
3. Harga.......................(sebutir, seguni) beras pada masa kini ialah RM 250.
4. Puan Alina memegang......................(secekak, sekawan) pucuk ubi kayu yang dipetiknya dari kebun Pak Salim.
5. Encik Nabil membeli beberapa .................... (kajang, gulung) atap untuk dibuat reban ayam yang baharu.
6. Naylisha memasukkan beberapa...............(biji, ketul) air batu ke dalam minumannya.
7. Sebanyak dua.....................(gerombolan, ketumbukan) pengakap sekolah telah dihantar oleh Cikgu Hanim untuk menyertai kem kecergasan fizikal.
8. Terdapat beberapa...................(rumpun, batang) serai yang tumbuh subur di belakang rumah mak cik Siti.
9. Beberapa....................(tongkol, jongkong) jagung telah dibeli oleh Wafiy untuk diberikan kepada adik-adiknya.
10. Faiz dan Usaimin makan beberapa.......................(batang, cucuk) sate semasa jamuan akhir tahun itu.
11. Baju pasangan pengantin itu telah dijahit dengan beberapa..............(bilah,butir) manik supaya kelihatan lebih menarik.
12. ........................(sebatang, segugus) rambutan telah dipetik oleh adik untuk diberikan kepada ibu.
13. Adik makan sebanyak dua..............(kepal, biji) nasi sahaja kerana tidak berselera untuk makan.
14. Untuk memagar kawasan rumah, Pak Shahrul memerlukan lima ..................(gelung, gulung) dawai.
15. Sebanyak tujuh ..................( gemal, kaki)lidi berjaya disiapkan oleh Anisah dalam tempoh masa 2 jam.